KULAT HIJAU
Kulat hijau merupakan penyakit utama yang menyerang bungkah cendawan yang dihadapi oleh pengusaha-pengusaha cendawan. Berdasarkan pembacaan dari blog-blog pengusaha cendawan, punca kulat hijau datang dari persikitaran bangsal, bilik suntik dan penyuntik benih itu sendiri.
Saya yang hanya menjalankan Pilot Projek dalam skala yang teramat kecil pun turut menghadapi masalah serangan kulat hijau pada bungkah cendawan yang dijaga. Dalam situasi saya, persekitaran tempat menyimpan bungkah merupakan punca utama serangan kulat hijau. Serangan kulat hijau akan menghalang pertumbuhan mycellium cendawan.
Salah satu kaedah untuk merawat bungkah cendawan yang dijangkiti kulat hijau ini ialah melalui penggunaan cuka kayu. Cuka kayu dikatakan dapat membantu mencegah dan membunuh kulat hijau.
HARGA CUKA KAYU
Cuka kayu yang saya gunakan diperolehi dari ChiniAgro (www.chiniagro.blogspot.com) dengan harga RM15 untuk 1 liter. Harga yang diletakkan adalah berpatutan kerana ada jenama cuka kayu yang dijual pada harga RM45 untuk 1 liter. Saya tidak pasti pula apa perbezaan antara jenama yang berbeza ini.
Kepekatan cuka kayu ini perlu dicairkan atau dikurangkan sebelum digunakan dan kepekatan yang diperlukan berbeza mengikut tujuan penggunaannya. Formula dibawah digunakan untuk mengira jumlah larutan cuka kayu yang perlu dicampur.
☼ Jumlah cuka kayu = Jumlah air ÷ kepekatan ☼
Sebagai contoh, untuk 1500ml air (saiz botol air mineral besar) pada kepekatan 200X,Jumlah cuka kayu = 1500ml ÷ 200 = 7.5ml cuka kayu. Untuk sukatan yang tepat, kena gunakan picagari (boleh dapat kat farmasi yang digunakan untuk bagi ubat kat kanak-kanak).
KEPEKATAN 200X (Pencegahan Kulat Hijau)
Pada kepekatan ini, larutan cuka kayu mampu membunuh bakteria dan kulat. Untuk pencegahan kulat hijau, selepas cendawan dituai, sembur larutan cuka kayu kepekatan 200X pada muncung bungkah sebelum tutup rehat dipasang. Untuk penggunaan kepekatan 200X, 1 liter cuka kayu berharga RM15 mampu memberikan anda 133 botol (bersaiz air mineral 1.5L) larutan cuka kayu iaitu berjumlah 200 liter larutan cuka kayu. Tapi tak perlulah nak bancuh kesemua 1 liter cuka kayu, cukup dengan mencampurkan 2.5 ml cuka kayu kedalam 500 ml air untuk menghasilkan larutan kepekatan 200X (500ml ÷ 200 = 2.5ml). Secara kasarnya, anda boleh gunakan botol air mineral kecil (500 ml) dan campurkan satu sudu besar cuka kayu kedalam botol tersebut.
KEPEKATAN 50X (Pembasmian Kulat Hijau)
Pada kepekatan ini, larutan cuka kayu dapat membantu membasmi kulat hijau didalam bungkah cendawan. Untuk pembasmian kulat hijau, asingkan bungkah yang bermasalah, sembur larutan cuka kayu kepekatan 50X ke mulut bungkah cendawan yang bermasalah dan pasang tutup rehat. Letakkan bungkah cendawan dalam keadaan menegak dan biarkan lebih kurang 2 hingga 3 minggu sehingga kulat hijau hilang. Kepekatan 50X diperolehi dengan mencampurkan 10ml cuka kayu kedalam 500ml air (botol air mineral kecil).
KEPEKATAN 20X (Rawatan Bangsal & Kawasan Projek)
Kepekatan ini digunakan sekiranya masalah kulat hijau hampir tidak terkawal. Untuk rawatan bangsal, kawasan kerja atau tapak projek, kepekatan 20X disembur diseluruh kawasan projek yang dapat membantu pengawalan pada masa akan datang. Sekiranya penggunaan cuka kayu dilakukan sebelum memulakan projek, ianya mungkin dapat mengelakkan masalah serangan kulat hijau apabila projek telah berjalan.
KEPEKATAN 10X (Pembersih Alat Pengorek Bungkah)
Pada kepekatan ini, cuka kayu boleh digunakan sebagai pembersih alat pengorek mulut bungkah. Kepekatan 10X diperolehi dengan mencampurkan 50ml cuka kayu kedalam 500ml air (botol air mineral kecil).
KEPEKATAN 500X~1000x (Bancuhan Media/Habuk Kayu)
Saya tidak membuat bungkah sendiri, semuanya dibeli dari ChiniAgro. Namun sekiranya anda membuat bongkah sendiri, cuka kayu boleh digunakan semasa bancuhan media/habuk kayu. Kadar kepekatan yang digunakan adalah antara 500X~1000X. Kadar sebenar yang digunakan bergantung juga pada kualiti habuk kayu.
PENUTUP
Saya juga masih lagi dalam percubaan menggunakan cuka kayu untuk merawat bungkah cendawan yang dijangkiti kulat hijau. Insya-Allah saya akan kemas-kini hasilnya nanti.
"Every accomplishment starts with the decision to try."
FAIZUL MUSHROOM
Pleurotus ostreatus
Nama Pleurotus ostreatus berasal dari bahasa Latin. Perkataan pleurotus merujuk kepada pertumbuhan sisi batang pokok manakala ostreatus merujuk kepada bentuk pileus. Pleurotus ostreatus yang juga dikenali orang ramai sebagai cendawan tiram atau cendawan tiram pokok merupakan salah satu kulat yang boleh dimakan dan kebanyakannya ditanam di Asia sejak dahulu kala dan kini ia ditanam secara komersial di seluruh dunia sebagai makanan.
Friday, September 4, 2009
Pilot Projek #1
Sudah agak lama tak update blog nih selepas menghadiri kursus penjagaan bungkah cendawan di ChiniAgro. Bagaimanapun, projek pilot penjagaan bungkah cendawan masih lagi berjalan secara separuh masa dalam skala yang agak kecil.
Pilot Projek #1 (10 bungkah)
BILANGAN BUNGKAH :
10 bungkah permulaan dibekalkan secara percuma oleh ChiniAgro selepas menghadiri kursus mereka.
TEMPAT SIMPANAN BUNGKAH :
10 bungkah ini cuma diletakkan diatas rak kabinet TV dibahagian ruang keluarga. Keadaan ruang agak panas sebab cuma ada tingkap kecil dibahagian atas dan pengudaraan adalah ditahap paling minima.
HASIL :
Selepas 10 bungkah dibuka, hanya lima bungkah mengeluarkan hasil dengan purata berat 50g untuk setiap bungkah. Selepas bungkah ditutup semula, kulat hijau mula menyerang 3 bungkah. 3 bungkah ini diasingkan ke bilik stor. 7 bungkah lagi dipindahkan ke dalam bilik tidur dan diletakkan diatas almari pula. Selepas seminggu cuma 2 bungkah mengeluarkan hasil, manakala 5 bungkah lagi turut menunjukkan tanda serangan kulat hijau dan terus dibuang.
KEPUTUSAN :
Pilot Projek GAGAL kerana hanya 2 bungkah yang selamat dari serangan penyakit kulat hijau. Kegagalan ini berpunca dari 2 punca utama:
1. Pemilihan tempat menyimpan bungkah yang tidak sesuai.
2. Penggunaan pengorek yang tidak bersih untuk mengorek keluar benih & akar cendawan dari bungkah. Pengorek dicelup kedalam larutan klorok (sukatan tidak dikawal) dan tidak dilap dahulu sebelum mengorek bungkah cendawan. Pengorek yang basah ini telah menyebabkan pembiakkan kulat hijau dalam bungkah cendawan.
TINDAKAN SUSULAN :
Rumah cendawan kecil akan disediakan diluar rumah untuk percubaan Pilot Projek #2 berbanding Pilot Projek #1 yang diletakkan di dalam rumah.
"Every accomplishment starts with the decision to try."
FAIZUL MUSHROOM
Pilot Projek #1 (10 bungkah)
BILANGAN BUNGKAH :
10 bungkah permulaan dibekalkan secara percuma oleh ChiniAgro selepas menghadiri kursus mereka.
TEMPAT SIMPANAN BUNGKAH :
10 bungkah ini cuma diletakkan diatas rak kabinet TV dibahagian ruang keluarga. Keadaan ruang agak panas sebab cuma ada tingkap kecil dibahagian atas dan pengudaraan adalah ditahap paling minima.
HASIL :
Selepas 10 bungkah dibuka, hanya lima bungkah mengeluarkan hasil dengan purata berat 50g untuk setiap bungkah. Selepas bungkah ditutup semula, kulat hijau mula menyerang 3 bungkah. 3 bungkah ini diasingkan ke bilik stor. 7 bungkah lagi dipindahkan ke dalam bilik tidur dan diletakkan diatas almari pula. Selepas seminggu cuma 2 bungkah mengeluarkan hasil, manakala 5 bungkah lagi turut menunjukkan tanda serangan kulat hijau dan terus dibuang.
KEPUTUSAN :
Pilot Projek GAGAL kerana hanya 2 bungkah yang selamat dari serangan penyakit kulat hijau. Kegagalan ini berpunca dari 2 punca utama:
1. Pemilihan tempat menyimpan bungkah yang tidak sesuai.
2. Penggunaan pengorek yang tidak bersih untuk mengorek keluar benih & akar cendawan dari bungkah. Pengorek dicelup kedalam larutan klorok (sukatan tidak dikawal) dan tidak dilap dahulu sebelum mengorek bungkah cendawan. Pengorek yang basah ini telah menyebabkan pembiakkan kulat hijau dalam bungkah cendawan.
TINDAKAN SUSULAN :
Rumah cendawan kecil akan disediakan diluar rumah untuk percubaan Pilot Projek #2 berbanding Pilot Projek #1 yang diletakkan di dalam rumah.
"Every accomplishment starts with the decision to try."
FAIZUL MUSHROOM
Tuesday, April 21, 2009
Kursus Penjagaan Bungkah Cendawan di Chini Agro Enterprise
CHINI, Sabtu 28-Mar-2009: Selepas beberapa ketika melayari internet untuk mendapatkan maklumat berkaitan projek tanaman cendawan, kami akhirnya menghadiri Kursus Penjagaan Bungkah Cendawan di Chini, Pekan. Walaupun jarak ke Chini hampir 100KM dari Kuantan (200KM pergi balik), ia tidak menghalang kami untuk mengikuti kurus yang dianjurkan oleh Chini Agro Enterprise (158 Felda Chini Timur 3, 26690 Pekan, Pahang Darul Makmur).
Kami bertiga (Haji Maziffar, Shafian & Faizul) bertolak jam 7:30pagi dari Kuantan dan sampai pukul 9:10pagi selepas berhenti sarapan di Batu 10 Jalan Gambang. Terdapat 2 lagi peserta yang turut serta dalam kursus ini. Berbeza dengan kursus-kursus cendawan yang dianjurkan oleh beberapa pengusaha lain, kursus kali ini hanya khusus kepada teknik penjagaan bungkah berbenih sahaja dan kursus bermula dari jam 9:30 pagi hingga 12:30 tengahari. Menurut sifu yang mengajar kami, LanChini, ini merupakan kali pertama kursus penjagaan bungkah ini diadakan. Sebelum ini, kursus-kursus yang diadakan merupakan kursus penuh yang melibatkan proses membancuh habuk kayu, menyuntik benih sehingga ke proses memetik hasil cendawan.
Bagi kami, kursus ini menepati kehendak kami. Kami baru hendak bermula dalam projek tanaman cendawan ini dan untuk permulaan kami hanya ingin mengetahui bagaimana menjaga bungkah cendawan yang siap berbenih yang dibeli dari pengusaha-pengusaha cendawan. Kami belum bersedia lagi untuk menyediakan bungkah sendiri. Insya-Allah bila sampai masanya nanti, kami akan mengikuti kursus lanjutan untuk proses membuat bungkah dan menyuntik benih pula.
KENAPA SAYA MEMILIH CHINI AGRO ENTERPRISE?
Antara laman-laman web yang saya lawati, saya dapati website chiniagro.blogspot.com banyak berkongsi maklumat mengenai tanaman cendawan dan laman webnya sentiasa dikemas-kini dengan perkembangan terkini projek cendawan yang mereka jalankan. Ini menyakinkan saya untuk mengikuti kursus yang dijalankan oleh Agro Chini. Untuk maklumat lanjut mengenai Agro Chini, boleh layari blog chiniagro.blogspot.com ataupun berhubung terus dengan pemiliknya Zamlan 019-3951516.
TEMPAT KURSUS
Kursus dijalankan ditepi bangsal sahaja secara terbuka dalam suasana santai dan simple. Secara praktikalnya, ini lebih baik kerana kami berada dekat dengan bangsal tanaman cendawan. Semua teknik-teknik yang kami ingin tahu boleh ditunjukkan secara terus di bangsal tersebut seperti cara betul menyiram air, cara penyusunan bungkah dan lain-lain.
ISI KANDUNGAN KURSUS
Bagi saya kursus ini memberikan maklumat yang banyak dan padat. Selain teknik² standard, kami turut didedahkan teknik² alternatif untuk tingkatkan mutu hasil dan juga daya tahan bungkah. Nota atau Buku panduan tanaman cendawan juga diberikan sebagai rujukan sepanjang kursus ini.
Kepentingan memahami cara menangani masalah penyakit yang sering menjadi punca kerugian juga ditekankan oleh sifu kami. Jika ada 10 bungkah bermasalah, dengan teknik yang betul, InsyaAllah sebahagian besar daripadanya dapat keluarkan hasil lagi. Tapi, dengan teknik yang salah, ada kemungkinan 10 bungkah tu akan merebak jadi 100 atau lebih bungkah berpenyakit. Bapa kepada sifu LanChini, Pak Din, turut berada di bangsal semasa kursus dijalankan dan turut bersemangat berkongsi pengalamannya dalam penjagaan bungkah cendawan ini. Selesai kursus penjagaan bungkah, kami turut dibawa melawat tempat memproses habuk kayu dan membuat bungkah. Kami juga berpeluang membuat bagging bungkah cendawan sebagai pendedahan tambahan buat kami.
PENUTUP KURSUS
Sebelum pulang, setiap peserta diberikan 10 bungkah cendawan berbenih dan sedikit cendawan segar yang kami kutip sendiri secara percuma. Kami berpeluang memilih sendiri 10 bungkah cendawan sebagai pilot-run atau bungkah percubaan untuk projek cendawan kami. Agro Chini juga dalam proses pembinaan bilik suntik mereka yang lebih bersih dan terkawal. Saya doakan semoga Chini Agro serta rakan-rakan peserta akan terus berjaya sebagai usahawantani dalam bidang tanaman cendawan ini. Kepada sifu LanChini, terima kasih atas ilmu yang diberikan.
Friday, February 20, 2009
Prakata
Projek Tanaman Cendawan tetiba menjadi satu topik menarik di pejabat. Ianya bermula apabila Maziffar bercadang untuk mengikuti kursus Tanaman Cendawan sebagai persediaan sekiranya berlaku proses pembuangan kerja di kilang sekarang. Keadaan ekonomi dunia yang masih tidak menentu memberi kesan kepada tahap pengeluaran di kebanyakan kilang-kilang elektronik. Tidak mustahil jika pihak syarikat akan melaksanakan proses pemberhentian pekerja dalam masa terdekat. Pepatah mengatakan, "Sediakan payung sebelum hujan." Maka salah satu perkara yang boleh dilakukan jika kita diberhentikan ialah melibatkan diri dalam bidang usahawantani.
Sekarang ini terdapat banyak usahawan-usahawan cendawan di seluruh negara dan ada yang turut menganjurkan kursus-kursus tanaman cendawan untuk bakal-bakal usahawan yang berminat. Salah satu kursus disekitar Pahang ini ialah kursus yang dianjurkan oleh ChiniAgro.
Berminat, sila SMS nama anda, ke Chini Agro, 019-3951516. Untuk maklumat
lanjut boleh lawati chiniagro.blogspot.com
Sekarang ini terdapat banyak usahawan-usahawan cendawan di seluruh negara dan ada yang turut menganjurkan kursus-kursus tanaman cendawan untuk bakal-bakal usahawan yang berminat. Salah satu kursus disekitar Pahang ini ialah kursus yang dianjurkan oleh ChiniAgro.
Berminat, sila SMS nama anda, ke Chini Agro, 019-3951516. Untuk maklumat
lanjut boleh lawati chiniagro.blogspot.com
Subscribe to:
Posts (Atom)
