Sudah agak lama tak update blog nih selepas menghadiri kursus penjagaan bungkah cendawan di ChiniAgro. Bagaimanapun, projek pilot penjagaan bungkah cendawan masih lagi berjalan secara separuh masa dalam skala yang agak kecil.
Pilot Projek #1 (10 bungkah)
BILANGAN BUNGKAH :
10 bungkah permulaan dibekalkan secara percuma oleh ChiniAgro selepas menghadiri kursus mereka.
TEMPAT SIMPANAN BUNGKAH :
10 bungkah ini cuma diletakkan diatas rak kabinet TV dibahagian ruang keluarga. Keadaan ruang agak panas sebab cuma ada tingkap kecil dibahagian atas dan pengudaraan adalah ditahap paling minima.
HASIL :
Selepas 10 bungkah dibuka, hanya lima bungkah mengeluarkan hasil dengan purata berat 50g untuk setiap bungkah. Selepas bungkah ditutup semula, kulat hijau mula menyerang 3 bungkah. 3 bungkah ini diasingkan ke bilik stor. 7 bungkah lagi dipindahkan ke dalam bilik tidur dan diletakkan diatas almari pula. Selepas seminggu cuma 2 bungkah mengeluarkan hasil, manakala 5 bungkah lagi turut menunjukkan tanda serangan kulat hijau dan terus dibuang.
KEPUTUSAN :
Pilot Projek GAGAL kerana hanya 2 bungkah yang selamat dari serangan penyakit kulat hijau. Kegagalan ini berpunca dari 2 punca utama:
1. Pemilihan tempat menyimpan bungkah yang tidak sesuai.
2. Penggunaan pengorek yang tidak bersih untuk mengorek keluar benih & akar cendawan dari bungkah. Pengorek dicelup kedalam larutan klorok (sukatan tidak dikawal) dan tidak dilap dahulu sebelum mengorek bungkah cendawan. Pengorek yang basah ini telah menyebabkan pembiakkan kulat hijau dalam bungkah cendawan.
TINDAKAN SUSULAN :
Rumah cendawan kecil akan disediakan diluar rumah untuk percubaan Pilot Projek #2 berbanding Pilot Projek #1 yang diletakkan di dalam rumah.
"Every accomplishment starts with the decision to try."
FAIZUL MUSHROOM